Ahad, 16 Jun 2019

Sejarah SPM Tips 2019

SEJARAH HOT SPOT

FORM 4:
BAB 1 : Tamadun Mesir
           : Tamadun Mesopotamia
           : Tamadun Indus
BAB 2 : Perdagangan ( India )
           : Perundangan ( Rom )
           : Seni Bina ( China )
           : Pendidikan ( Yunani )
BAB 3 : Agraria
           : Pengaruh Hindu Buddha
           : Cara Kedatangan
           : Sistem pemerintahan dan kesenian
BAB 4 : Penyebaran Islam di Makkah
             ( secara rahsia, secara terbuka , penerimaan dan penentangan )
BAB 5 : Perjanjian Hudaibiyah
           : Pembukaan semula kota Makkah
BAB 6 : Bani Abbasiyah
           : Pertembungan tamadun islam dan tamadun lain
BAB 7 : Penyebaran ialam di Asia Tenggara
BAB 8 : Pengaruh islam di Tanah Melayu ( ekonomi, pendidikan , perundangan )
BAB 9 : Zaman Gelap
           : Zaman Renaissance
           : Revolusi Pertanian
BAB 10 : Penggunaan Buruh
             : Undang-undang berhubung tanah

FORM 5 :
BAB 1 : Imperialisme Barat di Asia Tenggara ( factor-faktor )
           : Birokrasi Thailand
           : Nasionalisme Thailand
BAB 2 : Akhbar, majalah , novel, persatuan
BAB 3 : Pembinaan Negara dan Bangsa / Kelantan / N9
BAB 4 : Persekutuan Tanah Melayu 1948
BAB 5 : Sistem Ahli / PTM 1957
BAB 6 : Langkah-langkah penubuhan Malaysia / Perjanjian Malaysia
BAB 7 : Negara Persekutuan ( maksud )
           : Lambang Negara
BAB 8 : Pembangunan ekonomi Malaysia ke arah Negara maju
           : Wawasan 2020
BAB 9 : Blok Dunia
           : Dasar Luar / OIC
           : Komanwel / ASA
           : Globalisasi / ICT
           : K-masyarakat
           : K-ekonomi









BAB 1
IMPERIALISME BARAT
Imperialisme merupakan dasar sesebuah Negara meluaskan pengaruh dan wilayahnya dengan menjajah untuk kepentingan tertentu.

Antara faktor imperialisme barat di asia tenggara adalah kerana berlakunya Revolusi Perindustrian di Britain. Negara barat mengeluarkan hasil kilang secara besar-besaran. Hal ini menyebabkan Britain memerlukan bahan mentah dan hasil pasaran yang luas.

Negara-negara di asia tenggara kaya dengan sumber bahan mentah. Sebagai contoh, Tanah Melayu dan Indonesia kaya dengan Biji Timah.

Selain itu, imperialisme barat juga didorong oleh kemajuan system perhubungan dan pengangkutan. Sebagai contoh, penggunaan kapal wap dapat mempercepat perjalanan Antara Barat dengan Timur serta dapat mengangkut muatan yang lebih banyak.

Tambahan lagi, imperialism barat di Asia Tenggara juga berlaku kerana terdapat persaingan Antara kuasa barat menyebabkan negara-negara asia tenggara menjadi mangsa imperialisme. Semakin luas tanah jajahan mereka, semakin tinggi sanjungan yang diperoleh kuasa-kuasa barat tersebut.

BIROKRASI THAILAND
Birokrasi Barat di Thailand telah diperkenalkan sendiri oleh Raja Mongkut dan Raja Chulalongkorn.

Raja Mongkut telah melantik 80 orang penasihat Barat untuk mengetuai pelbagai jabatan di samping melatih pegawai-pegawai tempatan. Penasihat kewangan dan pelabuhan serta polis dibawa dari Britain. Penasihat kastam dan ketenteraan pula masing-masing dibawa daripada Amerika dan Perancis.

Raja Chulalongkorn telah memperkenalkan Majlis Penasihat Rendah , Majlis Mesyuarat Tertinggi dan Kabinet Menteri. Juruaudit dari Britain telah dilantik untuk berkhidmat dalam perbendaharaan negara. Sistem Raja berkuasa mutlak juga telah digganti dengan Sistem Raja Berpelembagaan.
NASIONALISME THAILAND
Gerakan Nasionalisme Thailand tidak bersifat anti penjajah. Nasionalisme Thailand tahap pertama merupakan kegelisahan rakyat terhadap penguasaan politik oleh kerabat diraja dan juga penentangan terhadap raja berkuasa mutlak. Rakyat tidak berpuas hati dengan kelemahan system pentadbiran dan sikap boros Raja Vajiravudh. Ini membawa kepada penubuhan Parti Rakyat pada tahun 1932. Parti Rakyat telah melancarkan Revolusi Thai pada tahun 1932 yang menamatkan Sistem Raja Berkuasa Mutlak.

Gerakan Nasionalisme tahap kedua Thailand disebabkan oleh rasa tidak puas hati rakyat terhadap cengkaman ekonomi oleh kapitalis Barat dan orang cina. Semasa Phibul Songram menjadi Perdana Menteri, beliau meluluskan undang-undang untuk menyekat kebebasan dan penguasaan  ekonomi oleh orang cina. Justeru itu, sekolah Cina dan akhbar Cina telah dibubarkan. Penduduk peribumi digalakkan melibatkan diri dalam aktiviti ekonomi. Jawatan tertinggi dalam kerajaan pula hanya untuk penganut agama Buddha. Pada tahun 1939, Phibul Songram telah menukar nama negara Siam kepada Thailand yang bermaksud Tanah Bebas. Hasil daripada kerjasama dengan jepun semasa Perang Dunia Kedua, Thailand telah Berjaya mendapatkan semula wilayah-wilayah di IndoChina dan Tanah Melayu.

BAB 2
PERSATUAN SAHABAT PENA MALAYSIA ( PASPAM )
Penubuhan Persatuan Sahabat Pena Malaysia ( PASPAM ) bertujuan untuk menggalakkan ahlinya berkenal-kenal dan bertukar-tukar pendapat bagi memajukan diri sendiri dan bangsa. Hal ini secara tidak langsung telah mengalakkan perpaduan dan persahabatan di kalangan orang Melayu di seluruh Semenanjung Tanah Melayu. Walaupun PASPAM tidak bersifat politik, tetapi kegiatan sosial PASPAM merupakan asas kepada kesedaran perpaduan melayu.

KESATUAN MELAYU SINGAPURA ( KMS )
KMS didukung oleh mereka yang berpendidikan inggeris dan bertujuan menjaga kepentingan sosioekonomi penduduk Melayu Singapura. Mohammad Eunos Abdullah menjadi wakil KMS dalam pentadbiran British. Beliau telah dilantik menjadi ahli Majlis Perundangan Negeri-negeri Selat sebagai orang Melayu. Melalui desakan beliau, kebajikan orang melayu Singapura telah mendapat perhatian. Antara kejayaan Muhammad Eunos Abdullah termasuklah memperoleh sebuah kawasan petempatan khas bagi orang melayu di Singapura.

KESATUAN MELAYU MUDA ( KMM )
Kesatuan Melayu Muda dipimpin oleh Ibrahim Haji Yaakob. Objektif utama KMM adalah untuk menggalakkan perpaduan di kalangan pemuda Melayu di seluruh Semenanjung Tanah Melayu dan meningkatkan tahap pendidikan orang melayu. Inisiatif Ibrahim Haji Yaakob telah menyebabkan KMM bekerjasama dengan Jepun pada akhir tahun 1940 untuk menghalau British daripada Tanah Melayu. Beliau telah menjadikan KMM salah sebuah badan propaganda anti-British, dan mengelilingi Tanah Melayu untuk mencari sokongan. Cawangan KMM juga telah ditubuhkan bagi meluaskan propaganda menentang British.

BAB 3

PEMBENTUKAN NEGARA DAN BANGSA JERMAN
Otto Eduard Von Bismarck menggunakkan amalan realpolitik dan politik darah dan besi untuk menyatukan Jerman.Amalan realpolitik mewajarkan apa sahaja cara seperti tipu helah, kekerasan bersenjata dan peperangan untuk mencapai matlamat politik. Beliau telah menggunakkkan pelbagai taktik seperti tipu helah, pemalsuan dokumen, provokasi, penipuan dan ugutan untuk mencetuskan peperangan yang bertujuan untuk menyatukan Jerman. Rakyat Jerman bersedia menerima sistem kediktaktoran Bismarck untuk menyatukan Jerman. Bismarck telah menggunakkan isu membenci kuasa asing untuk memenangi dan membangkitkan semangat rakyat Prussia di medan tempur.

PEMBENTUKAN NEGARA BANGSA ITALI
Pada mulanya, Itali terbahagi kepada beberapa buah wilayah. Di bahagian utara, wilayah seperti Venetia dan Lombardy masih dikuasai oleh Austria. Orang Itali mahu menyatukan wilayah-wilayah mereka di bawah sebuah pemerintahan dan menghalau orang Austria dari bumi Itali. Count Camillo Benso di Cavour berusaha menyatukan Itali menjadi sebuah negara. Beliau menggunakkan amalan realpolitik untuk menyatukan Itali. Amalan realpolitik mewajarkan apa sahaja cara seperti tipu helah, kekerasan bersenjata dan peperangan untuk mencapai matlamat politik. Count Camillo Benso di Cavour mewujudkan kerjasama dengan Napoleon III bagi menentang Austria. Melalui pungutan suara, beliau memperoleh sokongan majoriti rakyat untuk menyatukan Itali. Hasil kerjasama Itali dengan Prussia menewaskan Austria, wilayah Venetia telah dipulangkan kepada Itali. Setelah Perancis mengundurkan tenteranya dari Rom, Count Camillo Benso di Cavour telah mengambil peluang menyatukan Rom dan Itali.

PEMBENTUKAN NEGARA BANGSA MADINAH 
 Tiada kekerasan dalam pembentukan negara dan bangsa Islam di Madinah.
Tidak menggunakkan amalan realpolitik atau politik darah dan besi.
Penyatuan kerajaan Islam di Madinah merupakan satu contoh penyatuan melalui prinsip Islam.
Perlembagaan disusun terlebih dahulu sebelum mengasaskan kerajaan.
Piagam Madinah berjaya menyatukan penduduknya yang berbilang kaum contohnya, kaum Yahudi, orang kristian, dan orang Arab.
 Pembinaan negara Islam menggunakkan cara diplomasi, musyawarah serta permuafakatan.
Wujudnya amalan kerjasama dan permuafakatan antara pemimpin dengan pemimpin dan antara pemimpin dengan rakyat.

PRINSIP DEMOKRASI DAN KONSEP PERSEKUTUAN N9
Negeri sembilan terdiri daripada sembilan buah negeri iaitu Sungai Ujong, Rembau, Johol, Jelebu, Jempol, Seri Menanti, Inas ,Terachi dan Gunung Pasir. Pada abad ke-18, N9 telah mempunyai rajanya sendiri, iaitu Raja Melewar yg diberikan gelaran Yamtuan Besar dan bersemayam di Seri Menanti. N9 merupakan negeri pertama mirip persekutuan sebelum terbentuk Negeri-negeri Melayu Bersekutu melalui Perjanjian Persekutuan 1896 oleh British. N9 mengamalkan pemerintahan berdasarkan adat pepatih iaitu kedaulatan berada di tangan rakyat.N9 dibahagikan kepada empat luak utama iaitu Rembau, Sungai Ujong, Jelebu, dan Johol. Ketua setiap luak ialah Undang dan dipilih oleh lembaga. Di bawah undang ialah Lembaga dan Lembaga dilantik oleh Buapak. Setiap lembaga bertanggungjawab terhadap suku masing-masing. Lembaga berkuasa memilih Undang. Buapak merupakan ketua perut dan setiap anggota perut dikenali sebagai anak buah. Buapak menjadi tempat rujukan bagi setiap masalah khususnya yang berkaitan dengan adat. Sistem ini tidak mengamalkan kuasa mutlak tetapi kuasa diagihkan kepada individu mengikut peringkat. Hal ini menunjukkan bahawa sistem pemilihan pemimpin di N9 mempunyai unsur demokrasi. Sistem ini melahirkan peraturan hidup seperti kepentingan bersama dan sistem ini lebih mementingkan permuafakatan dan semangat kerjasama antara suku semasa memilih pemimpin.

SISTEM JEMAAH MENTERI KELANTAN
Sistem Jemaah Menteri telah diamalkan sejak pemerintahan Sultan Muhammad I. Baginda telah melantik beberapa orang pembesar bagi membantu pentadbiran baginda. Sultan Muhammad II telah membentuk Sistem Jemaah Menteri bagi melicinkan pe ntadbiran dan pemerintahan kelantan. Terdapat 8 badan Jemaah Menteri, setiap satu dianggotai empat orang pembesar. Sejak 1842, beberapa perubahan telah berlaku dalam struktur pentadbiran kelantan. Sultan Muhammad II menyingkirkan kerabat diraja dalam pertikaian merebut kuasa dan menggantikkanya dengan golongan pembesar yang digelar Nik dan Wan. Golongan Nik dan Wan membantu mengukuhkan kewibawaan Sultan Muhammad II dengan memberi taat setia yang tidak berbelah bagi.
Jemaah Penasihat Raja: Menguruskan perkara dan urusan penting yg bukan rahsia.
Jemaah Menteri Istana: Menguruskan istiadat diraja dan  istiadat rasmi di seluruh negeri kelantan
Jemaah Menteri keadilan dan Kehakiman: Mengendalikan urusan penting tentang keadilan dan kehakiman.
Jemaah Menteri dalam Negeri: Menjaga keamanan negeri.
Jemaah Menteri Luar: Menguruskan dasar dan hal ehwal luar negeri.
Jemaah Menteri Perbendaharaan: Mengendalikan harta benda dan hasil mahsul.
Jemaah Menteri Peperangan: Menguruskan pertahanan dan keamanan negeri.
Jemaah Menteri Pentadbiran dan Pengimarahan Negeri: Menguruskan kemajuan dan pembangunan negeri.

BAB 4

FAKTOR2 PEMBENTUKAN PERSEKUTUAN TANAH MELAYU 1948
Antara faktor yang telah menyumbang kepada pembentukan Persekutuan Tanah Melayu ialah perpaduan dalam kalangan orang melayu daripada semua golongan. Perpaduan golongan raja dan rakyat telah dapat mengatasi pihak lain yang menyokong Malayan Union. Selain itu, sokongan bekas pegawai-pegawai British antaranya ialah Sir Frank Swettenham dan Sir George Maxwell . Mereka menolak dasar menakluk Tanah Melayu. Di samping itu, sokongan daripada pegawai-pegawai Tinggi British. Antaranya termasuklah sokongan daripada Sir Malcolm MacDonald. Seterusnya, sikap politik orang melayu yang sederhana. Orang Melayu hanya menulis dalam akhbar , demonstrasi , berkongres dan memujuk Raja-raja melayu untuk menyokong penentangan terhadap British. Mereka tidak menggunakkan kekerasan seperti Parti Komunis Malaya (PKM) dengan mengangkat senjata. Tambahan lagi, UMNO tidak menuntut kemerdekaan. British memilih UMNO dan Raja-raja Melayu kerana kedua-duanya hanya menuntut rundingan untuk menolak Malayan Union. Selanjutnya, ketegasan orang melayu dalam membantah Malayan Union. Pemimpin melayu seperti Dato onn Jaafar telah membantah dengan tegas pelaksanaan malayan union. Di samping itu, gesaan Piagam Atlantik 1945 oleh pertubuhan bangsa-bangsa bersatu. PBB tidak menggalakkan penjajahan baru sebaliknya meminta negara-negara kolonial memberikan latihan berkerajaan sendiri kepada penduduk tempatan.




LANGKAH2 PEMBENTUKAN PERSEKUTUAN TANAH MELAYU 1948
British telah menubuhkan Jawatankuasa Eksekutif. Jawatankuasa ini dianggotai 12 orang ahli yang terdiri daripada pegawai kanan British, pemimpin UMNO dan wakil Raja-raja Melayu. Jawatankuasa eksekutif telah mengadakan mesyuarat di Kings House, Kuala Lumpur. Orang Melayu mengemukakan lima tuntutan dalam rundingan dengan British. Antaranya ialah, mereka menginginkan sebuah persekutuan seperti konsep Negeri-negeri Melayu Bersekutu. Selain itu, Raja-raja Melayu dan UMNO menolak semua prinsip dan struktur Malayan Union. Selanjutnya, mereka menolak kerakyatan terbuka Malayan Union dan mereka meminta dasar perlindungan terhadap Negeri-negeri Melayu dan orang melayu dipulihkan. Tambahan lagi, mereka menuntut supaya Raja-raja Melayu sebagai ketua Negeri-negeri Melayu diakui semula. Perundingan ini ditentang oleh orang dagang dan golongan radikal melayu. Mereka berpendapat Jawatankuasa Eksekutif tidak mewakili semua pihak kerana tidak disertai oleh seorang pun perwakilan orang dagang. Mereka menuntut konsep sebuah republik dan kemerdekaan penuh. Golongan radikal menubuhkan AMCJA dan PUTERA bagi menentang British dan UMNO. Mereka mengadakan ceramah politik, demonstrasi dan mogok. Mereka turut mencadangkan Perlembagaan Rakyat. Untuk berlaku adil, British telah menubuhkan Jawatankuasa Perunding bagi mendapatkan pandangan mereka dalam menyediakan Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu. Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu ditandatangani pada 21 Januari 1948.

CIRI2 UTAMA PERJANJIAN PERSEKUTUAN TANAH MELAYU
Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 telah ditandatangani pada 21 Januari 1948 di Kings House, Kuala Lumpur. Dengan perjanjian ini, Persekutuan Tanah Melayu ditubuhkan secara rasmi. Berdasarkan rajah sistem pentadbiran Persekutuan Tanah Melayu 1948, British masih menguasai Tanah Melayu kerana kemerdekaan belum diberikan. Selain itu, perkongsian kuasa telah dilakukan antara Majlis Raja-raja dengan Pesuruhjaya Tinggi pada peringkat pusat. Pada peringkat negeri pula, Sultan menjadi ketua negeri dan berkuasa melantik Menteri Besar sebagai ketua pentadbir negeri.